Maryam Al Busyra anakandaku lahir di dunia

Alhamdulillah, tak tau nak start macam mana, cuma nak sebut Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, atas nikmat Allah berikan qurratu 'ayunin the coolness of the eyes penyejuk mata permata hati pertama kami, nama diberi dan ditahnik pada hari ketujuh selepas keluarga aku dan keluarga belah isteri berkumpul sekali di rumah di penang, Maryam Al Busyra Binti Mohamad Lukman Al Hakim. Abah dan ibu terlalu sayang maryam, Abah dan ibu terlalu gembira dengan kehadiran maryam, abah speechless dan tak mampu menahan air mata melihat maryam pertama kali di hadapan labour room dan ibu maryam masih di labour room, kalimah pertama maryam dengar dari mulut abah adalah "Assalamualaikum" dan maryam diazankan dan diiqamatkan. Abah menunggu ibu terlalu lama didalam maternity room, maryam dimasukkan didalam wad atas sebab takut infection demam. Selama 4 hari berada di hospital, abah pula tidur di office UIA PJ. Memang betul, dugaan Allah berikan kepada hambanya untuk diuji, kerana kehidupan...