Aku sudah graduated perjalanan Master Degree!
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah ucapan tak terkira pada pencipta, aku berjaya menyiapkan thesis master on time dalam 2 tahun, setahun madah, setahun menulis thesis, betapa gembiranya aku, mixed feeling , macam2 berlaku sepanjang menyiapkan master thesis. apa pun aku bersyukur kerana dapat menyiapkan thesis master dengan jayanya. Kalau nak ceritakan tentang pengalamanku masha Allah, Allah sahaja yang tahu, aku banyak menangis dari gembira, betapa berlikunya perjalanan belajar master ini, habiskan banyak masa, wang dan tenaga, aku mendoakan Allah terima segala kebaikan aku ini insha Allah. Inilah proses perjalanan dalam master thesis 1. Defend tajuk atau munaqashah maudu' 02/10/2015 Alhamdulillah aku lulus tapi dengan banyak amat pembetulan, kena tunjukkan semula pada pemeriksaan khuttoh (proposal thesis), aku katakan agak lemah dan banyak dugaan yang mendatang, cuma aku sematkan dalam diri dan jadikan ia pedoman buat masa hadapan. Aku banyak kena ubah...