Alhamdulillah! Aku sudah berkahwin!

Engkau hari ini adalah doa semalam. 

Teringat daku pada sebuah doa di jabal rahmah, dalam beribu doa, aku selitkan juga doa untuk bertemu jodoh pada masa yang sesuai, dan dalam hati mahu ikut sunnah baginda, berkahwin. Aku berdoa sebegitu bukanlah obses dengan kahwin tetapi adalah bersebab yang munasabah. Tapi agak mustahil buatku kerana aku mempunyai banyak impian dan cita-cita. Selepas belajar aku perlu bekerja, membantu keluarga dan mahu sambung belajar keperingkat lebih tinggi.Doa itu bukan bersahaja, tetapi adalah kerana aku mempunyai sebab yang hadir dipersimpangan kehidupan, dan itu adalah perjalanan sebuah kehidupan.Ketika itu aku masih 22 tahun di tahun akhir pengajian. Banyak doa aku berdoa antaranya soal pendidikan, kerjaya, keluarga dan masa hadapan. Kita tidak tahu apa yang balal berlaku pada masa hadapan, yang penting berusaha untuk mendapatkannya. 


Comments

Popular posts from this blog

السنة الواحدة وتسعة أشهور

VIVA Voce PhD, Graduation and 38th IIUM Convocation Mohamad Lukman Al Hakim (Abu Busyra)

Tips Temuduga Pensyarah Bahasa Arab