Tips Temuduga Pensyarah Bahasa Arab

Interview Jobs

Bismillah, untuk kesekian kalinya sudah lama tidak berkongsi. Kali ini berkongsi tips temuduga pensyarah Bahasa Arab khasnya, diri telah menghantar banyak permohonan untuk duduk di utara pertamanya dan blast juga permohonan pada universiti tertentu di KL/Selangor. Antara sebab hamba ingin memohon adalah keinginan untuk memperkasakan diri dalam bidang pensyarah seperti membuat kajian, menulis hasil dari kajian, mengajar pelajar pada tahap yang lebih tinggi, dan sebagainya, hamba di UIA Matrikulasi adalah dengan skim DG.  Antara universiti - universiti yang hamba mohon adalah: 

antaranya;

1. UM

2. UniSHAMS

3. UiTM Shah Alam dan Merbok Kedah.

4. UKM

dan yang dapat panggilan adalah UM yang pertama tapi hamba sangat tak boleh pergi sebab ayah warded dengue tahun 2020.

Kemudian diikuti temuduga UniSHAMS pada 28 Desember 2020 dan UiTM Shah Alam bulan 3 2021 dan UKM bulan 9 2021.

Ketiga-tiga interview itu alhamdulillah berjaya lulus hingga temuduga terakhir.

Hamba mendapat 2 tawaran pada awalnya iaitu DM45 UiTM Shah Alam dan DS45 UniSHAMS. Rezeki Busyra anakandaku tersayang, abah pilih UniSHAMS untuk lebih dekat dengan Busyra dan ketika busyra sakit dan memerlukan abah yang merantau jauh di negeri orang. Dan bila berhenti UIA bulan 8 2021 dengan notis awal 3 bulan. Bulan 9 hamba melapor diri di UniSHAMS, kemudian mendapat interview UKM kedua dan ketiga ketika masih di UniSHAMS. Buat keputusan untuk tidak hadir ke interview terakhir tersebut. Rupanya hamba seorang sahaja calon yang layak ke peringkat akhir (diberitahu sendiri oleh ketua jabatan di Kejohanan Debat Bahasa Arab UKM) Dan pada bulan yang sama hamba menolak tawaran UiTM Shah Alam dengan penuh tabah. Mungkin rezeki di UniSHAMS, pasak dalam hati untuk hijrah kerana Allah, dunia datang belakang.  


Untuk tips temuduga

Stay tune

Comments

Popular posts from this blog

السنة الواحدة وتسعة أشهور

VIVA Voce PhD, Graduation and 38th IIUM Convocation Mohamad Lukman Al Hakim (Abu Busyra)