Tahun lepas 2022 menyambut Ramadan al Mubārak dan Raya Eīd al Fitrī 1443H dengan sedikit kegusaran, kerana menunggu thesis disemak. Ramadan itu penuh dengan doa, harapan dan kegusaran. Siapakah ilmuwan yang menyemak thesis hamba, bilakah tarikh hari mempertahankan kajian dan penulisan hamba, apakah aku perlu menulis lagi kerana risau pembetulan besar? Itu sebab hamba tidak memberitahu sesiapa tentang perjalanan PhD mahupun tarikh viva kecuali pada hal keperluan.
Maaf kawan2 yang pernah bertanya kalau terasa hati.
Perjalanan itu menuntut jiwa raga yang kuat disamping fokus pada kerja yang menjadi rezeki. Alhamdulillah pada hari kejadian 07 Julai 2022.

Ini adalah tarikh sebenar, diberi pilihan untuk memilih tarikh viva sama ada 07 atau 14 Julai 2022, hamba memilih 07 selepas bertanya PM Dr. Feham, penyelia guru thesis PhD.
Mendapat green light dari sv untuk VIVA Voce |
|
D-Day VIVA Voce 07 July 2022

Alhamdulillah pada hari barakah bulan zulhijjah ini. Berkat doa arwah ummi, abuya dan keluarga serta kawan-kawan lulus viva voce PhD di UIAM hari ni dengan pembetulan minor. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Terima kasih dan Jazākumullahu khairan kathira buat penyelia, PM Dr. Mohd Feham Ghalib, atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang perjalanan penyelidikan dan penulisan tesis. Dr. yang sentiasa optimis dan positif sejak dari awal lagi yang pastinya memberi kesan pada diri ini. Ma sya Allah. Terima kasih ya Allah kerana hadirkan guru sepertinya. Hamba tak mampu bayar segala kebaikannya. Semoga Engkau merahmatinya, mengurniakannya kesihatan yang baik, kemudan di dunia dan akhirat serta syurga yang tertinggi.
Terima kasih tak terhingga buat semua penilai, Professor Dr. Muhammad Sabri Sahrir (KOED IIUM), Prof. Madya Ts Dr. Janudin Sardi (APB UiTM Shah Alam) dan wakil Kulliyyah AHAS KIRKHS Professor Dr. Asem Shehadeh Ali atas semua mulāhazat dan cadangan yang diberikan.
Kawan-kawan yang membantu memberi idea, buah fikiran sejak dari awal penulisan rangka kerja dan sehingga akhir, Muhamad Zamri Abdul Gani, Mohamad Sholahuddin Jusoh , Akashah Yusof.
Jazākumullahu khairan kathīra.
Alhamdulillah produk inovasi hasil dari tesis ini telah berjaya merangkul 3 pingat emas di Conference International University Carnival on E-Learning (IUCEL 2022), Sustainable on Education, KOED, IIUM (2022) dan Pre University Competition 2021, UPM-UniSZA.
Keputusan VIVA Voce antara penilai luar dan dalam adalah minor correction hanya pada grammatical errors. Aku merasakan sesuatu keajaiban dan melegakan. Tiada ucapan yang mampu diungkap. Gratitude.
dan pada komen FB juga, PM Dr. Feham ada menasihati dengana ayat al Quran di kiriman status FB. I am still pondering that ayahh, and working on it.
 |
Antum boleh ambil istifadah/benefit from this advice from my guru. Nasihat yang hamba minta dari guru...I love you for the sake of Allah, O Allah please grant my supervisor Jannah al 'ala.
|
Thank you dan JazakAllahu khairan Zamri atas pertolongan. Since hamba dapat tarikh viva, 01 Julai 2022, cuma ada 6 hari berbaki untuk buat latihan.Alhamdulillah lah slide dan preparation semua sudah siap lebih awal.
Zamri lah tempat nak reflect my presentation - - - ok tak presentation, slide catchy ke blur, present within 20 minit ke atau lebih, memang try and error dan dapat banyak kritikan membina selama 4 malam I guessed. Siang tak boleh sebab kerja. Ya Allah I have planned to take a week leave tapi tiba-tiba dapat dilantik untuk menjadi Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan di UniSHAMS. Waktu tu sangatlah serabut, dengan tidak tahu dilantik. I have no idea at all. Bila nak cuti. Rasa ralat. Tapi dapat boss sempoi dan memahami waktu itu. Tak cuti tapi minta untuk fokus presentation VIVA tapi memang hamba ini tak boleh kalau tak buat kerja, siang fokus mengajar dan malam baru fokus, maybe ketaq lutut. Thus, I continue work on daily basis. Malam baru online dengan zamri. Waktu itu sudah lemau dengan thesis. Rasa tak mahu baca dah, rasa mahu termuntah tengok.
Screenshot from my WhatsApp status that I think it is worth to share here...Kenangan
Dapat hadiah on the day of VIVA VOCE walaupun online...Hadiah jauh dari kuantan. You know who you are. HEHE
Screenshot dibawah adalah komen dan rate penilaian diberi oleh examiner thesis Ph.D. Alhamdulliah
Takreem Al-Khirrijeen 1st December 2022
Takreem Al Khirrijeen adalah dalam bahasa Arab atau dalam bahasa Majlis Penghargaan atas penamatan perjalanan Ph.D or in english term a special recognition for the accomplishment of Ph.D.
Sebenarnya dalam hati sewaktu tamat Majlis Sarung Topi (Hooder) Ph.D diri amat sedih meninggalkan penyelia dan kebaikan yang dilakukan sepanjang belajar dan kebaikan waktu majlis itu berjalan. Hamba rasa ralat dengan kebaikan Sv tetapi rasa gembira. Sewaktu majlis tamat, hamba bermonolog apakah aku akan berjumpa lagi dengan guruku itu? Apakah aku dapat belajar lagi dari beliau? Hamba terus menangis dan terus pergi ke Masjid UIA kerana mengingati kebaikan penyelia dan onak duri yang diharungi sepanjang bergelar Tālib al Ilm. Masjid itu juga menjadi saksi....dan library itu menjadi saksi jatuh bangun pelajar seperti diri bermula Degree, Master (kena kritik waktu DP dan down terus ke masjid) dan Ph.D.
38th IIUM Convocation, 3rd December 2022.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Dipilih untuk menerima Anugerah Pelajar Terbaik Doktor Falsafah (Best Student Doctor of Philosophy) AHAS KIRKHS Abdul Hamid Abu Sulayman Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, IIUM.
Terima kasih buat keluargaku, anakandaku, pengorbanan yang dicurahkan takkan pernah dilupai...guru-guruku yang dikasihi, guru dan penyelia PhD (Arabic Linguistic Studies), PM Dr. Mohd Feham Md. Ghalib yang sentiasa ada, bermula dari hamba bentangkan idea cadangan kajian sehingga analisa statistik dan research output, hadir tika diri perlukan panduan laksanakan penyelidikan dan penulisan thesis, qudwah ketelitian dan ketekunan, sentiasa positif. Penyelia Master degree yang membuka jalan ilmu ini, Prof. Dr. Sabri Sahrir. Mereka teladan yang harus diri ikuti. Humble yet resourceful. Kawan2 yang hadir hulur pertolongan dan sokongan. Yang datang untuk hadir ke konvokesyen ini.
Ana uhibbukum fillah.
Dalam payah jala ditebar,
Ada ikan termakan umpan
Dalam susah terkandung sinar,
Ada jalan menyuluh kesenangan.
(Muzammil, 2022)
Thesis yang bertajuk (ditulis dalam Bahasa Arab):
Designing an instructional module and evaluating its effectiveness in learning verb patterns via Augmented Reality among learners majoring in Arabic language.
تصميم وحدة دراسية وتقييم فعاليتها في تعلم مهارة تصريف الأفعال باستخدام تقنية الواقع المعزز لدى الطلبة المتخصصين في اللغة العربية.
 |
And the reason why I attended the convocation...My Busyra, anakanda cinta hati |
 |
Family is everything came to my convocation |
 |
Proper photo with family |
Dan rezeki dipilih menerima award Best Student PhD Kulliyyah IRKHS yang mempunyai 12 Jabatan termasuk Jabatan Bahasa Arab. Hamba amat teruja bila mendapat emel dari pihak Universiti sewaktu tengah berbincang perihal ilmu sorof bersama pelajar di dalam kelas. Terus hamba menelifon mengkhabarkan pada keluarga dan penyelia. Teringat juga pada arwah ibu, orang pertama yang hamba berkongsi berita keputusan belajar setiap peperiksaan, ummi hanya sekadar sebut Alhamdulillah dan sentiasa menasihati, akhlak no 1 meskipun akademik kedepan. Beliau tidak pernah memberitahu kenalan tentang pendidikan anak²nya walaupun jiran sekalipun. Ummi juga amat risau keaktifan hamba dekat Universiti. Ada satu kejadian, hamba mengikuti rakan² melawan universiti, melawan kerajaan kerana ketidakpuasan pengurusan dan tindakan. Risau² dibuang uni atau tajaan.
Hamba bertanya pada sv, apakah kriteria dan merit mereka memilih untuk anugerah tersebut? Sv menjawab pemilihan berdasarkan merit, penerbitan output dari research dan kajian thesis tersebut. Sebenarnya hamba disuruh untuk mohon anugerah tersebut oleh pihak pengurusan uni yang hamba hanya kenal melalui emel, itupun berhubung untuk urusan formatting.
Berita habis belajar dan mendapat anugerah ini menggembirakan keluarga kerana diri ini seorang sahaja yang belajar ditahap ini, anakanda yang sakit kulit eczema sedari bayi tak tidur malam sampailah saat tak tidur malam waktu hari konvo. Itu sebab mata saya bengkak tak cukup tidur pada hari kejadian, bukannya menangis huhu. Tapi Allah sangat baik pada hambaNya yang bersabar. Alhamdulillah sekarang semakin baik dan boleh berjalan² melihat alam dan ziarah-menziarahi terutama raya baru-baru ini 1444H, I will never pay back for your sacrifices but God, Ummu Busyra. Kawan2 yang membantu dan guru-guru terutama PM Dr. Feham.
That award menjadi pemangkin untuk berusaha lebih lagi untuk manfaat ilmu bersama terutama untuk diri. Ilmu mengeluarkan kita dari kemiskinan, kebodohan, kemiskinan akhlak, pemikiran dan material. Akhlak, behavior, tindakan kita adalah reflection pada ilmu. Terutamanya untuk diri hamba. Mujāhadah.
Tahun lepas bake kuih raya cuma satu jenis, tahun ini 2 jenis. Itupun 2 hari sebelum raya bake. My Busyra makan banyak sangat. Hati amat gembira melihat. Baking kuih raya ini amalan tradisi arwah ummi, peniaga biskut mazola dan cup cake, tambahan lebih premium dan ada added value untuk menceriakan suasana. We measure what we what . Raya sangat bermakna jika kita memaknakan ia dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.
Convocation Photos with my teachers and friends.
 |
with PM. Dr. Badri Najib Zubir |
 |
with Prof. Dr. Akmal Khuzairy |
 |
with Prof. Dr. Asem Shehadah Saleh Ali |
 |
Anakanda Busyra, Amira dan Harraz |
 |
Thaqif, Zamri, Hamba, Muntazirin, Faiz dan Hafiz serta anaknya |
Comments
Post a Comment