Madah hadith dan grednya "Rasib"

Dan seperkara yang ana tidak dapat lupakan sampai ke hari ini ialah bilamana kertas hadith waktu peperiksaan akhir tingkatan 4 mendapat rasib dan markahnya 0,diulangi kosong. Ana hairan bin ajaib,kenapa rasib pula,sedangkan ana telah usaha dengan yakin kepada Allah.

Di kelas 5 ibnu sina, ana masih terfikir-fikir mahu bertemu dengan ustadh kesayangan ana yang bilamana dia senyum pasti manis senyumannya.Dalam diri agak marah juga terhadap ustadh,kenapa ustadh bagi kosong kat ana.

Bunyi loceng menandakan waktu rehat, terus ana dan beberapa kawan iaitu fikri dan hazzuan,kami bertiga ini tak pernah renggang,makan sekali apa yang dibawa oleh fikri,memang AKRAB.Subhana Allah indahnya ukhuwah ketika itu. Ana terus mahu berjumpa dengan ustadh 'Asim,hati agak ketakutan kerana takut-takut ustadh marah. Sememangnya ana agak takut dengan ustadh-ustadh kerana bagi ana,mereka banyak ilmu dan selalu mentelaah buku dan itu yang menyebabkan ana rasa takut mahu bertanya ustadh di bilik guru,kalau dalam kelas analah yang banyak bertanya. :)

"Assalamu'alaykum ustadh, apa khabar? terdiam seketika mendengar jawaban.
Wa'alaykumussalam Lukman,ya kenapa? itulah jawaban ustadh 'Asim. Lalu aku tergagap-gapa bertanya perihal niatku sebenar.
"Ustadh, kenapa dalam keputusan peperiksaan saya, hadith saya dapat rasib dan 0." (dahulu ana berbahasakan diri dengan saya dengan guru)
Jawab ustadh "Oh, tentang itu ke, ustadh minta maaf ya Lukman,kertas peperiksaan kamu hilang,kamu seorang sahaja yang hilang,kawan-kawan lain ada ".

Ya Allah ,hati ana agak kecewa dan pasrah. Tetapi ia tidak menjadi kerisauan yang panjang kerana ana ketika itu puas hati dengan madah-madah yang lain dan Alhamdulillah ana mendapat kedudukan yang baik di dalam kelas 4 Ibnu sina, iaitu rutbah thaniah.

Sekarang sudah terpisah dengan ustadh 'Asim,ustadh telah mengajar ana madah hadith,pendekatan mengajarnya bagus dan memberi impak yang baik terhadap kami , kami fokus sekelas terhadap pelajaran ustadh. Apapun ana yakin setiap ujian itu ada hikmahnya. Alhamdulillah, keputusan Smramm iaitu peperiksaan agama tingkatan 4,ana mendapat pangkat Mumtaz dan pastinya hadith tidak rasib malah mumtaz. Kenangan kegembiraan dalam kesedihan itu harus dipanjatkan kesyukuran pada Allah.Kejayaan itu dipeluhi dengan keringat untuk mencapai target ana.Itu dahulu,sekarang ana perlu berusaha untuk ijazah.Alhamdulillah syukur pada Allah dan berterima kasih kepada ustadh ustadhah yang lain telah mengajar diri yang faqir ini mencari hakikat kehidupan. Doa ana semoga ustadh-ustadhah sihat dan diberkati Allah.
Doakan ana ustadh-ustadhah dan kawan-kawan.


Inilah guru hadith ana yang ana nukilkan.
Ustadh Asim bin Ahmad. Pendiam orangnya,baik pekerti dan seorang guru yang banyak menelaah buku


Semasa ustadh  mengajar ana, beliau masih bujang,setelah beberapa bulan selepas itu,ustadh mendirikan masjid dengan jodohnya yang telah dijanjikan oleh Allah sejak azali lagi.Dan kini mempunyai seorang bayi yang comel dan lagi kiut.
Semoga ustadh baik-baik sahaja. :)

Comments

Popular posts from this blog

السنة الواحدة وتسعة أشهور

VIVA Voce PhD, Graduation and 38th IIUM Convocation Mohamad Lukman Al Hakim (Abu Busyra)

Tips Temuduga Pensyarah Bahasa Arab