Posts

Showing posts from 2019

Anakandaku; Kesyukuranku dalam kesabaran

Di saat aku penat hari ini, aku masih menanda kertas tugasan pelajar, hari ini aku telah mengajar tuisyen dari 8 malam hingga 10 malam. Sebaik pulang, aku menatap kembali tugasan pelajar. Cuma pemikiranku melayang, aku tak mampu fokus. Apa yang merisaukan aku adalah anakandaku, Maryam Al Busyra. Ya Allah hati ini kuat untuk mengingatiMu dalam sabar. Aku begitu risaukan keadaan anakku, ya Allah. Aku mohon kau sembuhkanlah anakku Maryam Al Busyra Binti Mohamad Lukman Al Hakim dari sakit kulit, gatal-gatal badan dan muka. Aku mohon ya Allah. اللهم أسألك العافية اللهم عافها في بدنها، اللهم عافها في سمعها، اللهم عافها في بصرها. يا ربي برحمتك أنا أستغيث. رب اجعلني مقيم الصلاة ومن ذريتي ربنا تقبل دعاء. Ibunya sering beritahu dia terlalu penat menjaganya, sering menangis,anakanda sering tak tidur malam, ibunya perlu menjaganya, anakanda terlalu aktif, main sana sini dalam rumah, panjat sana sini, selongkar dan explore satu rumah, ibu sering sedih dengan keadaan "tanggo"...

السنة الواحدة وتسعة أشهور

Image
يا الله أنت الشافي اشف بنتي  قال أبي  هو يحبني وأمي بشدة ، كل يوم هو يدعو إلى الله أن يشفيني ويعافيني  التقطت الصورة أثناء ذهابنا شهريا إلى العيادة لفحص طبي  لعب أبي معي، أبي دائما نادى لي بمريم البشرى. أبي وأمي يحباني كثيرا  ثم ذهبنا إلى حديقة اللعب، أنا أحببت اللعب فيها كثيرا. كان أبي دائما يراقبني حتى أنا لا أستطيع أن ألعب بوحدي. قال أبي لي" لا تلعب بوحدك يا بنتي" أنا مسرورة جدا للغاية. أمي دائما فرحانة.  ثم بعد أن ذهبت أمي إلى مكان العمل، في كلية  الإسلامية للتكنولوجيا والعلوم، ذهبنا أنا مع أبي إلى مكدونال. في مكدونال أنا أكلت شوربة الأرز مع أبي لكن أبي أكل بكر لحم  وهو أكله كثيرا. :) لكن أنا أيضا طلبت أبي أن يأكلني شوربة الأرز الكثيرة في فمي.  هـذه الصورة! بعد ذلك أنا نعسانة جدا حتى النوم عند أبي

Kesayanganku

Image
Hari-hari fikir Maryam Al Busyra will be what in the future, dia nak sekolah dekat mana? plan nak hantar ke mandarin school to develop her languages skill first then baru nak hantar school yg ada tahfiz. abah nak maryam fasih 5 bahasa ya. Melayu, Arab (Ibu dan Abah dia ajar), Tamil (Ibu dia ajar), English and Mandarin. Then abah nak Maryam belajar rajin-rajin dan jadi manusia yang bermanfaat untuk ibuabah, keluarga, masyarakat dan negara. kalau boleh abah nak maryam jadi ustazah doktor. Mak pun berharap sebegitu. Semoga maryam jadi anak yang taat, hati yang tenang terdidik dalam keadaan baik, ikut sunnah nabi Muhammad Abah haritu call clinic kesihatan yang selalu Busyra dicucuk dan dirawat. Nurse cakap berat badan maryam kurang memuaskan, abah syak Busyra suka berlari dan terlalu aktif main dalam rumah. Yelah tido pun nak tido atas rak almari, main bawah meja comel sahaja Busyra ya, you are too beautiful Busyra. Abah sekarang tengah buat translation BM ke BA P...

Non Verbal Komunikasi dalam Al Quran

Maa shaa Allah harini ini dalam kelas, sentuh topik ini,non verbal komunikasi dalam ayat-ayat Al Quran, hati ini berbunga-bunga berkongsi ayat al Quran yang berkaitan dengan komunikasi atau bahasa. Kerana ia dekat dengan Bahasa Al Quran. Ayat 1 وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا   Dan Sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka. mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan  diri dengan sangat. Main point non verbal komunikasi di sini ialah kalimah ja'alu asobi'ahum fi azaanihim wa astaghshau thiyaabahum Allah menggunakan perkataan jari-jari yang menutup telingan yang membawa maksud mereka tidak mahu mendengar. iaitu maksudnya secara khususnya  Merujuk dalam kitab  Tafsir Al-Maraghi , Nabi N...

Nasihat Murabbiku 1.0 di الجامعة الاسلامية

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh ikhwah semua, semoga ikhwah berada dalam lindungan Allah. Kali ini saya ingin berkongsi kata-kata hikmah, motivasi dan pendorong untuk diri kita yang sentiasa leka. Kata-kata nasihat dan hikmah ini saya ambil daripada guru-guru saya sama ada di sekolah dahulu atau di Uni UIAM. Nasihat saya ambil ini saya simpan dalam nota atau microsoft word untuk disimpan dan baca bila diperlukan saat-saat diri lemah dan demotivated. Mungkin berkongsi dengan pelajar-pelajar saya? in sha Allah. Saya agak sibuk sama ada buat-buat sibuk mungkin dan sengaja sibukkan diri ketika di Universiti dulu, sampai terbawa-bawa ke alam pekerjaan.Perjalanan ilmu saya terlalu padat dan cepat, tapi saya isikan dengan hadir ke kelas hakiki, kelas audit dan kelas talaqqi selain berpersatuan iaitu dalam Arabic Language Association serta Student Representative Council 2013/2014. Pernah dalam satu semester itu saya ambil 27 Credit Hours. Kenapa saya b...