Nasihat Murabbiku 1.0 di الجامعة الاسلامية
Saya agak sibuk sama ada buat-buat sibuk mungkin dan sengaja sibukkan diri ketika di Universiti dulu, sampai terbawa-bawa ke alam pekerjaan.Perjalanan ilmu saya terlalu padat dan cepat, tapi saya isikan dengan hadir ke kelas hakiki, kelas audit dan kelas talaqqi selain berpersatuan iaitu dalam Arabic Language Association serta Student Representative Council 2013/2014. Pernah dalam satu semester itu saya ambil 27 Credit Hours. Kenapa saya buat ijazah sarjana muda hanya 3 tahun sahaja? kerana saya ada sebab sendiri mengapa saya pilih 3 tahun belajar di Uni dahulu instead of 4 tahun, one of the big reason adalah nasihat ibu saya dan para asatizah. Saya berjumpa mereka untuk bertanyakan hal ini dan istikharah. Dan saya berpuas hati kerana perjalanan ilmu saya bersama-sama rakan-rakan dan guru-guru sangat memberi kesan kepada saya, saya penuhi masa saya bersama rakan2 dan berdamping dengan guru-guru, para senior dan rakan-rakan rapat, hasilnya insha Allah saya dapati diri mampu matang dalam berfikir dan membuat keputusan. Dan ketika saya sedang menulis entri ini saya masih menuntut ilmu, kerana bagi saya ilmu ini adalah sebahagian dari pengalaman perjalanan kehidupan. Like scholar said "life long learning".
Saya bertuah kerana dapat berjumpa dengan asatizah yang hebat, dari luar negara (Foreign Lecturer) dan pensyrah tempatan yang belajar di middle east dan western country. Saya juga bertuah berjumpa dengan para-para senior yang berjiwa besar dan banyak mengambil cabaran dalam belajar seperti Abg Iqbal Wahab, saya pernah berjumpa dengan beliau dan bertanyakan tentang kelemahan pelajar-pelajar gerakan dalam akademik dan bertanya bagaimana untuk pertingkatkan diri dalam tolibul ilmi. Saya berjumpa di Masjid UIA. Maa shaa Allah banyak signifikan masjid UIA dalam hidup saya dari zaman belajar ijazah pertama dan kedua. I did cried in this great mosque after presenting a master proposal in front of 10 great lecturers, saya ditembak habis-habisan dan banyak komen membina dalam persediaan menulis thesis masa kedepan.Back to my first reason why now i am sharing this advices, ini adalah nasihat guru secara direct kepada saya.Saya banyak bertanya bagaimana hendak menjadi tolibul ilmu yang baik dan seimbangkan tuntutan dunia dan akhirat. Saya simpan mesej ini sejak 2012-2019 sekarang.
Lukman: "Assalamu'alykum
ustadh,apa khabar di sana? semoga baik-baik sahaja di bawah lindungan
Allah. Saya ada persoalan ustadh, untuk ditanya kepada orang yang sudah
berpengalaman seperti ustadh. Soalannya , bagaimana mahu kekalkan minat kita
terhadap sesuatu ilmu itu dengan lambakan kerja persatuan/society/kerja partime dan sebagainya? Kadang-kadang diri
ini rasa putus asa,kurang fokus pada pelajaran. Mohon tunjuk ajar dari doktor
al hadir."
Dr KHJ: "Adukan pada Allah dan luahkan dengan penuh
kejujuran kepadaNya khususnya di akhir sepertiga malam. Mohon agar ditunjukkan
bagaimana ilmu yang dipelajari menjadikan diri hamba yang sebenar-benarNya.
Biasakan diri dengan soalan-soalan dan
buku-buku yang mencabar dalam bidang ilmu yang diceburi. Hadiri
perbincangan-perbincangan yang tinggi walaupun tidak faham tetapi tahan diri
dari membincangkan semula di khalayak sehingga tiba waktunya.
Lengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran
kerja persatuan seperti kemahiran komputer dan sebagainya. Banyak perkara
sebenarnya boleh dibuat dengan pantas tetapi kerana tiada kemahiran, menulis
minit pun kadang-kadang menjadi lambat. Fahami matlamat sebenar sesuatu
persatuan dan buang acara-acara atau aktiviti yang tak perlu. Akhirnya, jalan
ilmu sebenarnya memerlukan seseorang kurangkan sedikit berkawan dan berkawan
dgn cara yang bijak."
L: "Terima kasih ustadh,
kata-kata itu penuh hikmah dan peransang.
Walaupun kadang-kadang masa tidak mengizinkan,
diri ini cemburu akan mereka yang sentiasa hadir ke majlis ilmu. Betul kata ustadh, jika
ada kemahiran, pasti pantas kita melakukannya."
"Ustadh, bukankah
berkawan itu mampu mengurangkan bebanan kerja kita, mampu mengembirakan hati
kita tatkala kita letih dek sibuk dengan aktiviti jemaah dan pelajaran.
Kawan adalah saling lengkap-melengkapi, jika
kita tidak faham,dia akan fahamkan kita. Semuanya pasti ada 'kawan'. Apakah
maksud tersirat di situ wahai ustadh, "jalan ilmu sebenarnya
memerlukan seseorang kurangkan sedikit berkawan dan berkawan dgn cara yang
bijak"."
Dr KHJ: "Yang menggembirakan
hati kita ialah pelajaran kerana ia mengenalkan kita kepada Allah. Kebanyakan
'letih' adalah permainan minda kita sendiri. Kebanyakan masa berkawan adalah
guraun dan bersembang yang memenatkan kita berfikir untuk menyeronokkan
suasana. Berkawan sebenarnya memenatkan dan pelajaran sebenarnya adalah
kerehatan. Tiada maksud tersirat. Yang penting, mohon kepada Allah agar
ditunjukkan hakikat kehidupan dan doakan guru yang menunjukkan hakikat yang
kadang2 menjadi terbalik dalam kepala kita."
L: Saya kadang menggunakan short form dalam tulisan, jadi ustadh ada nasihat supaya latih diri untuk tulis sepenuhnya, kerana apa? baca dibawah.
Dr KHJ: Tiada masalah. Jangan
serik untuk belajar. Harus tabahkan hati dan kuat. Harus juga belajar untuk
buat kerja dengan teliti. Mulakan dengan menggunakan huruf besar dan kecil,
ejaan dan jarak yang betul dalam menulis. Ini melatih otak berfikir secara
tersusun. Jika tidak, penguasaan ilmu akan menjadi lemah.
Gambar-Gambar kenangan dengan asatizah
Gambar-Gambar kenangan dengan asatizah
Rindunya semua guru-guru, semoga kalian sihat dan baik sentiasa dalam rahmat Allah
Comments
Post a Comment