Anakandaku; Kesyukuranku dalam kesabaran
Di saat aku penat hari ini, aku masih menanda kertas tugasan pelajar, hari ini aku telah mengajar tuisyen dari 8 malam hingga 10 malam. Sebaik pulang, aku menatap kembali tugasan pelajar. Cuma pemikiranku melayang, aku tak mampu fokus.
Apa yang merisaukan aku adalah anakandaku, Maryam Al Busyra.
Ya Allah hati ini kuat untuk mengingatiMu dalam sabar.
Aku begitu risaukan keadaan anakku, ya Allah.
Aku mohon kau sembuhkanlah anakku Maryam Al Busyra Binti Mohamad Lukman Al Hakim dari sakit kulit, gatal-gatal badan dan muka. Aku mohon ya Allah.
اللهم أسألك العافية
اللهم عافها في بدنها، اللهم عافها في سمعها، اللهم عافها في بصرها.
يا ربي برحمتك أنا أستغيث.
رب اجعلني مقيم الصلاة ومن ذريتي ربنا تقبل دعاء.
Ibunya sering beritahu dia terlalu penat menjaganya, sering menangis,anakanda sering tak tidur malam, ibunya perlu menjaganya, anakanda terlalu aktif, main sana sini dalam rumah, panjat sana sini, selongkar dan explore satu rumah, ibu sering sedih dengan keadaan "tanggo"nya. Abah selalu nasihat dan beritahu. You are the best mother in the world, the best for Maryam. Maryam pasti gembira dapat ibu yang selalu baca buku dekat dia, baca Al Quran sejak didalam rahim lagi, setiap hari baca Al Quran dekat Maryam, selalu baca doa bila nak buat sesuatu e.g Mandi, makan, pakai baju, masuk tandas. Hatta sekarang ini, bila maryam sudah 1 tahun, dia sudah pandai sebut Allah bila nak makan, (abah menyaksikan sendiri, ya Allah rasa sedih yang gembira melihat gelagat anakanda yang pintar, bila nak main baca doa. Ya Allah aku tak pernah melihat pengalaman ini.
Kadang-kadang ibunya terlalu gembira melihat gelagat anaknya. Aku terlalu sedih kerana tidak dapat membantu kerana berjauhan. Sekadar ambil tahu dari jauh keadaan anakanda.
Nurse yang merawat anakanda, dia beritahu anakanda sihat, BMI okay, cukup zat kerana sering makan buah-buah. Ibunya say no to processed food. Kesian Maryam, Ketika melihat anakanda bermain di Klinik Kesihatan (KK), dia nampak kanak2 lebih tua darinya makan keropok ketam, dia nak, dia telan air liur. Aboh cakap, maryam tak boleh makan. Tapi selepas itu, abah bawa pergi McD makan bubur nasi kegemaran Maryam.
1 Tahun 10 Bulan
Terlalu aktif, panjat sana sini, mesti nak baca buku, mesti nak makan buah, manggo adalah favorite anakanda.
Baru-baru ini, sebelum main lego, baca doa. Sambil main mesti buku ada tepi anakanda. Ya Allah aku menangis melihatnya kerana dia terlalu "anugerah", terlalu manis. Dialah permata hatiku.
Umurnya baru 1 tahun 10 bulan. Lagaknya seperti kakak, bila abahnya mahu suap makanan dia akan menjadi baby. Ibunya ada beritahu, kalau makan, nak makan sendiri. Tapi bila abah ada, dia nak abah suap dekat dia.
Ketika aku dengar perkataan dari anakanda bila ibu dia tanya dia, "mana abah"
Dia tunjuk jari dia dekat aku sambil sebut "aboh"
Hampir jatuh air mata ini.
Doa ayah dari kejauhan telah Kau kabulkan.

Comments
Post a Comment