Dan seperkara yang ana tidak dapat lupakan sampai ke hari ini ialah bilamana kertas hadith waktu peperiksaan akhir tingkatan 4 mendapat rasib dan markahnya 0,diulangi kosong. Ana hairan bin ajaib,kenapa rasib pula,sedangkan ana telah usaha dengan yakin kepada Allah. Di kelas 5 ibnu sina, ana masih terfikir-fikir mahu bertemu dengan ustadh kesayangan ana yang bilamana dia senyum pasti manis senyumannya.Dalam diri agak marah juga terhadap ustadh,kenapa ustadh bagi kosong kat ana. Bunyi loceng menandakan waktu rehat, terus ana dan beberapa kawan iaitu fikri dan hazzuan,kami bertiga ini tak pernah renggang,makan sekali apa yang dibawa oleh fikri,memang AKRAB.Subhana Allah indahnya ukhuwah ketika itu. Ana terus mahu berjumpa dengan ustadh 'Asim,hati agak ketakutan kerana takut-takut ustadh marah. Sememangnya ana agak takut dengan ustadh-ustadh kerana bagi ana,mereka banyak ilmu dan selalu mentelaah buku dan itu yang menyebabkan ana rasa takut mahu bertanya ustadh di bilik guru,kala...