Posts

You must be excellent with a soul ; Perjalanan Master

Image
Hamba yang berjuang menyelusuri kafilah ilmu perlu pada irsyad, taujih, hamasah, syaja'ah, dan barakah. Aku masih mencari nur ilmu yang tersimpan rapi di bumi ini. Semoga perjalanan ini diredhai oleh Allah dan Rasulnya, aku ingin menyambung perjuangan rasulullah, kita juga! Aku ingin memartabatkan bahasa Al-Quran ini. Jauh perjalanan ini, Saat menulis ini, aku sudah berada di semester 3 untuk pengajian master of Art in Arabic as Second Language. Sudah selepas fasa pertama untuk 8 madah yang diambil pada semester 1 dan 2. Kini perjuanganganku ialah fasa Proposal Thesis, insha Allah pada 02 Oktober 2015 akan hadir ke majlis defence atau munaqashah khuttoh, Doakan aku! Doakan aku untuk berjuangan atas nama Allah! Agar aku lulus untuk ke peringkat menulis dan seterusnya GOT (Graduation On Time). Assalamualaikum!

Peritnya Menanggung Kerinduan

Image
Kenanganku di Tanah Suci Al haramain Al Syarifain. Perasaan penuh pengharapan pada Allah, kenangan yang aku tinggal di sana belum pernah aku lupai. Benar! betapa peritnya menanggung kerinduan terhadap seseorang yang kita sayangi. Aku tak mampu untuk mengungkap satu persatu, biarlah ia jadi rahsia aku dengan tuhanku.

Kisah kenangan

Ifthar terakhir sebagai pelajar ijazah di bumi Uiam, ramadhan 1434H.  In sha Allah.  Terawikh terakhir juga di bumi yang banyak mendidik. 1200pm akan bertolak bertemu keluarga di negeri Jelapang Padi.

Ramadhan 1434H

Segenap hari-hari berramadhan 1434H di Uiam, suasana di sini sungguh meriah dalam mencari keberkatan. Ramai manusia beriktikaf di masjid, suasana ini susah untuk dicari di luar sana kecuali mekkah dan madinah. Sungguh hatiku tergoda dengan nikmat ini.

Rindu

Rindunye kat mak aku ya Allah... Rindunye anak murid aku ya Allah... Hari ni aku tak tidoq pas subuh..Alhamdulillah. Aku baru nak mula stadi applied linguistic ni. esok exam teqok tak tau nak kata stadi last minute ni. Takpa insha Allah slow2. Doakan aku ya

Umur dan Generasi ; Sociology.

 Rabu, 06-06-13 05:28am. Mata ini masih lagi tidak rasa penat dan mengantuk, maka diteruskan juga pembacaan untuk socialogy bab aging and elderly. Bila baca bab aging ni pada di point "caregiving", terasa sedih sgt sebab entahlah , hati berdoa supaya keturunanku nanti menjadi generasi yang soleh,ditarbiyah, intellektual dan mukmin yang takwa. sedih juga baca articles pasal old folk dan nursery for elderly. Hati sayu melihat mereka yang terdiri daripada kaum perempuan , ibu, janda , dan lebih menyedihkan hati lagi bila memerhati seorang wanita yang tiada anak untuk dijaga. Ya Allah. Suburkanlah generasiku......... Semoga aku dan keluargaku mati dalam keadaan husnul khotimah. Amien.

Itulah pengorbanan........

Pengorbanan perlu dalam mencari erti kemenangan, kesenangan dan kepuasaan, Amali sebuah pengorbanan sungguh sukar untuk dithabatkan dalam diri ini, Hari ini aku menghadapi 2 kertas peperiksaan yang amat dasyat kritikalnya, bukan aku mahu menyatakan ilmu itu tidak bagus dan tidak manfaat.Tetapi hati menyatakan betapa beratnya menanggung seksaan akal dan minda. Ia memerlukan jihad dan penelitian yang maha dasyat.  Kenapa ? 2 madah yang aku minati disatukan pada hari yang sama. Jadi pembacaan dan murajaah aku sudah menjadi berbelah bagi semalam. Aku tidak mengeluh atas ujian ini. Sebelum hari ini , kelmarin juga aku telah hadapi madah ilmu sarf. Masha Allah! bertungkus - lumus dalam persediannya. Last minute sgt stress, ya Allah. Aku rasa aku sangat down pada hari-hari itu. Aku tahu itu mungkin yang terbaik buatku. Aku amat menyintai 2 madah ini iaitu Ilmu Nahu 3 ( Kitab Sharh Ibn 'Aqil ) dan juga Ilmu Ma'ani ( Balaghah). Kadang, aku terasa sedikitnya aku membaca dan me...