Itulah pengorbanan........
Pengorbanan perlu dalam mencari erti kemenangan, kesenangan dan kepuasaan,
Amali sebuah pengorbanan sungguh sukar untuk dithabatkan dalam diri ini,
Hari ini aku menghadapi 2 kertas peperiksaan yang amat dasyat kritikalnya, bukan aku mahu menyatakan ilmu itu tidak bagus dan tidak manfaat.Tetapi hati menyatakan betapa beratnya menanggung seksaan akal dan minda. Ia memerlukan jihad dan penelitian yang maha dasyat.
Kenapa ? 2 madah yang aku minati disatukan pada hari yang sama. Jadi pembacaan dan murajaah aku sudah menjadi berbelah bagi semalam. Aku tidak mengeluh atas ujian ini. Sebelum hari ini , kelmarin juga aku telah hadapi madah ilmu sarf. Masha Allah! bertungkus - lumus dalam persediannya. Last minute sgt stress, ya Allah. Aku rasa aku sangat down pada hari-hari itu.
Aku tahu itu mungkin yang terbaik buatku.
Aku amat menyintai 2 madah ini iaitu Ilmu Nahu 3 ( Kitab Sharh Ibn 'Aqil ) dan juga Ilmu Ma'ani ( Balaghah).
Kadang, aku terasa sedikitnya aku membaca dan mengulang kaji apa yang dipelajari bagi madah Ma'ani dan Nahu.
Aku sungguh minat dengan ilmu Balaghah kerana ia menghubungkan aku dengan keindahan dan makna-makna di dalam Al-Quran dan Hadith serta kalam ma'thur seperti Syair , nathar dan qasidah.
Ya! memang benar ia mengajar aku erti makna dan perkhabaran uslub yang digunakan di dalam Al-quran.
Contoh uslub amar yang menunjukkan makna doa, cabaran ,penghinaan, uslub iltimas, perlu dan pelbagai lagi.
Dan juga ilmu nahu yang sangat praktikal dalam hidup, apabila setiap kali aku membacanya aku dapat memahami sedikit dalam konteks iqrab dan mawqec. Selain itu, dapat memahami dan mempelajari tatabahasa arab sekaligus faham al-quran. Insha Allah.
Semoga usaha itu diredhai Allah.
Yang dhaif,
Lukman Al Hakim,
Pelajar Bahasa Arab dan Sastera, Tahun 2, Uiam.

Comments
Post a Comment