Belajar sambil mengajar as a private tutor??

Belajar dan mengajar adalah harapan dan doa aku sebagai seorang pelajar yang ingin mencapai keredhaan Allah. " Belajar dan mengajar adalah dua perkara yang sinonim dalam mengekalkan ilmu yang kita pelajari dan amati." Kata-kata ini sering muncul dalam hidupku sebagai seorang pelajar jurusan Lughah atau bahasa 'Arab. Ya,memang aku akui bahawa ia telah disabdakan oleh nabi Muhammad yang tercinta dalam hadithnya.Mafhumnya diambil berbunyi begini 3 perkara yang tinggal setelah seorang insan itu telah meninggalkan dunia yang fana ini ialah Ilmu yang bermanfaat kepada orang lain,sedekah jariah dan doa anak yang soleh kepada kedua ibubapanya. Pada semester lepas (semester 1 2012/2013) aku ditawarkan oleh seorang lecturer untuk menjadi tutor kepada anaknya yang akan menghadapi PMR,itulah peluang keemasanku untuk mengajar b.'arab yang aku cintai,Alhamdulillah aku telah menerima tawaran itu dan aku mendapat elaun sebulan Rm 200. Alhamdulillah..Sebenarnya pada awal...