Belajar sambil mengajar as a private tutor??

    Belajar dan mengajar adalah harapan dan doa aku sebagai seorang pelajar yang ingin mencapai keredhaan Allah.
 " Belajar dan mengajar adalah dua perkara yang sinonim dalam mengekalkan ilmu yang kita pelajari dan amati." Kata-kata ini sering muncul dalam hidupku sebagai seorang pelajar jurusan Lughah atau bahasa 'Arab. Ya,memang aku akui bahawa ia telah disabdakan oleh nabi Muhammad yang tercinta dalam hadithnya.Mafhumnya diambil berbunyi begini 3 perkara yang tinggal setelah seorang insan itu telah meninggalkan dunia yang fana ini ialah Ilmu yang bermanfaat kepada orang lain,sedekah jariah dan doa anak yang soleh kepada kedua ibubapanya.


Pada semester lepas (semester 1 2012/2013) aku ditawarkan oleh seorang lecturer untuk menjadi tutor kepada anaknya yang akan menghadapi PMR,itulah peluang keemasanku untuk mengajar b.'arab yang aku cintai,Alhamdulillah aku telah menerima tawaran itu dan aku mendapat elaun sebulan Rm 200. Alhamdulillah..Sebenarnya pada awalnya aku tidak meminta apa-apa kerana dalam prinsip hidup aku,aku mengajar kerana Allah.Ibubapa anak muridku tetap memberi wang itu.Aku terima juga :) hehe.Duit itu semuanya aku telah menbelanjakan untuk membeli buku ilmiah.Selesai sudah pengajaran aku mengajar muridku pada pertengahan semester.Aku mengajar pada setiap hari khamis,jumaat dan ahad, dari jam 7.45pm-9.45pm. 
Alangkah seronoknya aku semasa mengajar muridku kerana dalam mengajar aku dapat banyak ilmu dan mengingatkan aku semula ilmu-ilmu b.'arab semasa di tingkatan 3 tahun-tahun lalu.

Tapi semasa mengajar,aku sering mengeluh kerana penat dan kurang fokus pada lecture.Banyak sebab aku memikirkan.
inilah yang menjadi kerisauan aku dalam belajar sambil mengajar.Ada baik dan buruknya. 

Mutakhir ini,aku telah menerima satu tawaran untuk mengajar anak buah lecturer Nahu aku,aku puas berfikir pro dan kontranya,dan akhirnya aku membuat keputusan untuk memberi tawaran mengajar ini kepada kawamku iaitu Zamri. Meskipun aku tahu ia adalah kebaikan buatku akan tetapi aku di saat itu ditimbuni beban amanah sebagai seorang ahli keluarga S.I SRC. Itulah keputusanku.Dr itu sangat percaya kepada aku akan tetapi aku akur dengan ketentuan yang aku lalui.Aku yakin bahawa rezeki itu akan tiba bila-bila masa.Itulah doaku. Semoga Allah mengajarku.

Rezeki Allah
Selesai lecture period ( zaman al-muhadhorah )semester lepas,fatrah imtihan pula membuka tirainya.sebelum aku menduduki kertas kedua terakhir iatiu Nahu,aku menerima pesanan ringkas dari ibubapa muridku yang aku pernah mengajarnya sebelum ini. Aku membalas pesanan itu : " Wa'alayku al-salam pakcik,sekarang saya masih dalam fatrah peperiksaan,saya akan balas jawapannya selepas habis exam ya."

Itulah jawapan aku.

Aku belum lagi memjawabnya,aku serba salah dalam menerimanya. Masih dalam istikharah untuk menerimanya.
Aku cintai ilmu dan mengajarnya.

Tuhan bantulah aku.

09.53PM
1/28/2013
Di sebuah teratak desa.


Comments

Popular posts from this blog

السنة الواحدة وتسعة أشهور

VIVA Voce PhD, Graduation and 38th IIUM Convocation Mohamad Lukman Al Hakim (Abu Busyra)

Tips Temuduga Pensyarah Bahasa Arab