Hari ini...adik aku

Sebaik sahaja adikku pulang dari asramanya sempena cuti Maulidur Rasul,aku bertanyakan tentang 'natijah' peperiksaan tingkatan empat,kini dia tingkatan lima di sekolah agama Nahdah Hasanah,Melele,Kodiang.Kedah.

Alhamdulillah ya Allah, dia lulus dalam peperiksaan itu.
Selepas itu,adikku bercerita tentang perihalnya disekolah dan apa yang berlaku dalam 3 minggu dia bermuqim di asrama.

Aku melihat berbagai mimik mukanya ketika berbicara tentang pengalaman awal 3 minggu di asrama,
cerita pasal budak tingkatan 1 kena rasuk,pasal mad'u usrahnya yang berbagai ragam,pasal pelajaran dan pasal masalah yang berlaku.

Aku berharap didalam hatiku semoga Allah menjaga 2 adik perempuanku.Semoga mereka menjadi anak dan wanita yang soleh.

Walaupun kami tiada harta,ya Allah kami berdoa agar Ilmu-ilmu ini menjadi harta buat kami.

Comments

Popular posts from this blog

السنة الواحدة وتسعة أشهور

VIVA Voce PhD, Graduation and 38th IIUM Convocation Mohamad Lukman Al Hakim (Abu Busyra)

Tips Temuduga Pensyarah Bahasa Arab