Oh imtihan niha'ie

Ada satu sudut aku tak suka exam dan ada satu sudut ia mengubah pemikiran aku.
Ya! exam membuatkan saya retrieve or 'encoding' ilmu yang saya lupa kerana bila terhubungnya banyak maklumat yang masuk kita pasti akan lupa apa yang kita belajar.Dalam istilah psychologynya 'Proactive reference'.

Tapi,imtihan kali ini membuatku kembali semula kepada niat asal untuk belajar kerana Allah.
Murabbi-murabbiku sering kata bila kita fahami dari awal sampai akhir ia memberi kita kefahaman secara menyeluruh,dan ia terjadi semasa aku mengulangkaji dari awal tajuk hingga akhir,bukan senang kita nak baca/ulang ilmu itu hanya pada satu malam?lebih2 lagi ada 22 tajuk yang perlu difahami dan diingati.Kaedah yang terkesan setakat ini buat aku ialah :
1.Fokus dan faham pada lecture
2.Tanya soalan tentang perkara yang kurang jelas.as simple question.
3.Lepas kelas harus melakukan taamul (retrieve dan pondering the knowledge) dan tafakkur (jarang buat sebab duk ingat benda len tapi ada jgk buat ,at least buat)
4.Ulangkaji pelajaran bersama rakan classmate (selalun buat 2 minggu sebelum exam)
5.Mengajar dan berkongsi ilmu dengan orang lain.

dan untuk pengetahuan kalian aku jenis study last minute tapi ada persiapan awal ye.Maksudnya aku membuat persiapan awal dalam memahami ilmu sebanyak kali mungkin dan bertanyakan tentang perkara yang tidak difahami,tapi kadang-kala tidak sempat untuk bertanya atas sebab kekangan masa belajar di kelas dan kesibukan lecturer mahu habiskan muqarror (silibus).

Dan perkara yang paling memuaskan hati ini bilamana kita dapat memahami ia dengan betul dengan tunjuk ajar dari murabbi terutama mawad (subjek) yang kita minati,tapi ada juga pelajaran yang agak sukar untuk aku adapt and improvise it sebab ia perkara baru dalam pemikiran aku untuk menerimanya dan memerlukan pembacaan yang banyak.Ya,memang benar,dalam menuntut ilmu terutama jurusan aku yang memerlukan pembacaaan kitab-kitab yang tebal dan diiringi dengan bahasa arab yang tinggi.Oh ia sangat mencabar kesungguhanku dalam mengkaji bahasa syurgaMu, 
Madah yang aku sajjal sem 1 lalu ialah :

1. Nahu 2 (Arabic Syntax) Lecturer Dr Haslina Hassan,
Pelajaran nahu sangat ilmiah dan bermanfaat bagiku dalam memahami syawahid atau nas 'arab esp dalam Al-Quran dan Hadith Nabawi. Nahu 2 merupakan kesinambungan dari nahu 1 dan semuanya ada 4 level,maknanya aku mempunyai dua nahu lagi. 
Nahu Belajar pasal Marfu'at  - Fa'el, Mafa'el (ada 5) hal dan tamyiz- belajar benda baru even sebelum ni kita belajar secara rambang dan ringkas. Dan apa yang penting perlukan jihad yang kental untuk mendalami secara khusus dalam bidang ini. 

2.Sarf (Arabic Morphology 2) Lecturer Dr Fauzi Ahmad,
dr mengajar sangat efisien dan membuatkan aku banyak berfikir tentang kalimah-kalimah yang terbina dari satu morfem iaitu فعل..Apa yang terbaik sekali ialah aku ditaklifkan untuk taqdim pasal ilhaq إلحاق.Ilmu ini tak pernah aku pelajari sebelum ini,dan ini adalah peluang keemasan dan menguji intellek sebagai pelajar jurusan bahasa 'arab. Aku mengkaji dan membaca pasal ilhaq ini,seringkali kecewa kerana tak dapat memahaminya dengan betul,akhirnya aku bertekad untuk baca sebanyak kali yang mungkin bersama coursemate aku iaitu solahuddin. Alhamdulillah,diberi keizinan untuk sedikit kefahaman.Akhirnya aku bercdg untuk membuat consult dengan dua orang pensyarah yang lain iaitu dr Yasir dan dr Sabri.Finally we understand deeply. Alhamdulillah.

3.Leksikografi (ilmu ma'ajim) Lecturer Dr Hanafi Dollah
dr Hanafi inilah yang tuan empunya kamus al-Kholil as-Siaki al-Syamil

4.General Linguistic ('ilmu al-Lughah) Lecturer dr Solehah
5.Survey of History and Islamic civilization (Tarikh wa Hadharah) dr Abd Ghani Yaacob
6.Research methodology (manahij al-Bahs)
7.Psychology


Mafhum dari kalam Allah subhana Allah wa ta'ala : "Bilamana kamu sudah berusaha maka bertawakkallah kepada Allah".
Result belum keluar lagi,doa dan harapan seiring.
Semoga Allah redha.


Comments

Popular posts from this blog

السنة الواحدة وتسعة أشهور

VIVA Voce PhD, Graduation and 38th IIUM Convocation Mohamad Lukman Al Hakim (Abu Busyra)

Tips Temuduga Pensyarah Bahasa Arab