Pengorbanan Ibu
Walaupun ketika aku melangkah diri pulang ke tempat pengajianku,ibu tidak mengeluarkan kata-kata apa pun,aku sedar ibu betul-betul mengharap aku berjaya dalam pelajaranku. Ibu aku tidak seperti orang lain,mungkin kerana ibu tidak mahu membebankan aku untuk fokus pada pelajaran.Aku tahu gerak geri semasa mahu pulang,ibu amat mengharap agar aku belajar bersungguh-sungguh,kata ibu semasa aku dibangku sekolah "Kita tiada harta,abuya dan umi tiada harta untuk mewarisi kepada anak-anak,tapi umi sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak umi dan abuya bersekolah.Harta yang paling mulia adalah ilmu,belajarlah!ilmu ialah penghukum kepada semua perkara"
Terngiang-ngiang ditelingaku "Bila ibu tiada,tiadalah doa seorang ibu kepada anaknya"
Ya Allah aku takut keberkatan doa ibu hilang daripada hidupku.
"Allahumma iqfirli wa li walidayya wa arhamhuma kama rabbayani soqhira"
Baharu sahaja tiba di taman ilmu dan budi UIA,AlhamdulilLah Allah selamatkan perjalanan hamba yang dhaif lagi banyak dosa ini.
Semoga aku melangkah ke bumi ini dengan keinginan yang amat kerana redha Allah.
Aku terkesan dengan kata-kata Dr Yusuf al-Qaradhawi. "Melangkah dengan hati merdeka dan ikhlas"
In sha Allah akan aku cuba untuk mencari redha Allah.Bantulah aku Ya Allah.
Umiku yang banyak memerah keringat mencari nafkah untuk menyusu,membesar,menasihati,mendidik,memberi pendidikan formal kepada kami 5 adik-beradik.

Comments
Post a Comment