Posts

Showing posts from October, 2015

Life as teacher ; marking paper.

Image
Tengah marking paper bertemankan faiz. Add caption

Kronologi Pengalaman 2014 & 2015

Image
Selepas tamat final exam untuk Ijazah dalam bahasa Arab pada jun 2014, hamba cuba memohon kerja menggunakan partial transkrip sebab result final semester belum keluar, aku cuba mohon kerja di Sekolah-Sekolah Agama di daerah-daerah Alor Star, cuba apply Kuin dan banyak lagi tempat, tapi no respon, seminggu sebelum result keluar, kawan hamba hakim call bagitahu Qld, aku pun buka FB tengok Dr Sabri Sahrir pun post pasal kerja kosong sebagai pensyarah sambilan di Uia Pj, selesai hantar resume, Ustazah Marzidah suruh datang interview esok hari, malam tu terus naik bas ke kl. Time interview tu masha Allah perasaan, ketaq gila, habis perasaan gemuruh mai, tapi kena buat yang terbaik. 2 hari selepas itu, aku rasa macam tak dapat sebab saingan ramai sangat dari jordan, mesir, morocco dan uia sendiri, hamba pulang ke kedah, malam tu result final exam keluar, pagi tu dapat mesej cakap esok kena mai lapor diri dan ambil file mengajar, alhamdulillah lulus interview, hamba mengajar part time sa...

Tuhan Aku Perlukan PandanganMu

Image
Di saat hatiku rebah, mengenangkan saat diuji, memang perit, ingin sahaja aku beralih arah, aku tidak cukup kuat tanpaMu, Ya rabbul izzah, aku tidak cukup kuat tanpa orang yang aku cukup sayangi didunia dan insha Allah di akhirat kelak,  dalam hatiku pelbagai keresahan yang melanda,  dalam hatiku berbisik "Kepada siapa aku ingin meluahkan segala kepenatanku?" sebelum ini aku cuma ada ummi yang sering mendengar luahanku, setiap kali aku penat dan lelah belajar, aku pasti mengadu kepada ummi,  ummi adalah pendengar setiaku, ummi pasti terus berdoa dan membaca yasin untuk dipermudahkan urusanku, kini semuanya Allah sudah ambilnya daripada aku. Aku perlu kuat dan bangun sendiri. Kepada siapa aku ingin meluahkan perasaan ini? kepada Allah jualah, segalanya datang dari Allah. Allah uji itu tandanya sayang kepada hambanya. Tapi aku sering mengeluh sana sini, tidak berasa bertuhankah?  Hati kamu ada masalah wahai lukman.  Ya Allah kau bantulah...