Kronologi Pengalaman 2014 & 2015


Selepas tamat final exam untuk Ijazah dalam bahasa Arab pada jun 2014, hamba cuba memohon kerja menggunakan partial transkrip sebab result final semester belum keluar, aku cuba mohon kerja di Sekolah-Sekolah Agama di daerah-daerah Alor Star, cuba apply Kuin dan banyak lagi tempat, tapi no respon, seminggu sebelum result keluar, kawan hamba hakim call bagitahu Qld, aku pun buka FB tengok Dr Sabri Sahrir pun post pasal kerja kosong sebagai pensyarah sambilan di Uia Pj, selesai hantar resume, Ustazah Marzidah suruh datang interview esok hari, malam tu terus naik bas ke kl. Time interview tu masha Allah perasaan, ketaq gila, habis perasaan gemuruh mai, tapi kena buat yang terbaik. 2 hari selepas itu, aku rasa macam tak dapat sebab saingan ramai sangat dari jordan, mesir, morocco dan uia sendiri, hamba pulang ke kedah, malam tu result final exam keluar, pagi tu dapat mesej cakap esok kena mai lapor diri dan ambil file mengajar, alhamdulillah lulus interview, hamba mengajar part time sahaja selama 10jam seminggu. Alhamdulillah gaji lumayan juga Rm3k lebih juga tak termasuk mileage maybe dalam rm100 lebih, First time gaji dapat macam tu, sebelum ni kerja part time masa tengah belajar tak pernah dapat macam tu, Alhamdulillah rezeki Allah bagi, bagi kat adik-adik yang masih belajar dan abuya juga, tak lupa sampai bila-bila, insha Allah. Itulah pengalaman pertama mengajar, mengajar bahasa arab level 1 untuk student dalam jurusan kejuruteraan aka engine, english aka benl, dan juga human science. Student zero basic, sangat mencabar, tapi diorang cepat faham, Alhamdulillah. Setelah itu, hamba mengajar selama 5 bulan.

 

Selepas habis kontrak mengajar di Qld, Uia Pj, aku cadang untuk buat master sebab ada duit sikit, buat master sambil-sambil tu cari kerja lain, alhamdulillah seminggu sebelum daftar master, hamba diterima untuk mengajar bahasa arab secara part time di Usim, 6 jam seminggu, selepas interview yang ringkas dengan Dr Mohamed Ibrahim, ketua Fakulti Pusat Bahasa Utama, Usim. Alhamdulillah menjalani fasa yang wajib mengurus masa dengan baik, penat juga ulang alik dari uiam gombak ke usim, Alhamdulillah cuma dua hari mengajar di usim, gaji yang diterima rm2k termasuk mileage, Alhamdulillah syukur sangat, hari yang berbaki dapat susun jadual master dengan baik, 4 subjek yang diambil pada semester pertama, gambar di atas adalah kawan-kawan hamba dalam berjuang belajar. Hamba mengajar di Usim selama 5 bulan juga, setelah itu tamat kontrak.



Sahabat dan best friend hamba, ketika ini beliau tengah struggle untuk  2 sem berbaki di tahun akhir beliau, selalu kami study sekali tapi berbeza bidang, beliau dalam jurusan comparative religion. Beliau adalah hadiah dari Allah untuk hamba,  tika susah dan senang bersama hamba, berkongsi masalah dan macam-macam lagi. Love you for the sake Allah!



 

Dalam kehidupan ini, banyak Allah uji, tandanya Allah sayang, banyaknya ujian yang hamba rasa. Tambah-tambah kehilangan ummi, baru nak habis belajar, survive sendiri, belajar  full time sambil bekerja. Ia adalah disiplin yang diuji oleh Allah untuk melihat sejauh mana kita mampu menggalasnya, Alhamdulillah keputusan semester amat memuaskan hati hamba, tak pernah sangka dapat kekalkan momentum, dapat semua A kecuali satu subjek, (geram juga sbb susah betul, Alhamdulillah lulus) 


Allah uji itu tanda sayang, lukman. :)


 

Kehidupan ini, banyak hikmah Allah bagi, kena banyak senyum, kena banyak buat kebaikan pada diri, orang lain dan juga bertaqwa pada Allah. Istiqamah!

 

Alhamdulillah setelah itu, pada 12/10/2014 tiba hari graduasi hamba dan kawan-kawan. Terima kasih Allah atas segalanya-galanya!


الحمد لله ثم الحمد لله .ولا يفوتني في هذه الفرصة السعيدة أن أقول وأتقدم بجزيل الشكر والحب والعرفان العميق لجميع الناس لاسيما أمي ( رحمها الله ) وأبي وعائلتي و أصدقائي الأحباء ( حيث الدراسة ونادي اللغة العربية ) وأعضاء هيئة التدريس في كل المؤسسات التعليمية التي مررت بها وتربيت فيها وانتهلت من معينها ومنها المعهد المحمود بفوكوق سنا ومركز الدراسات الأساسية حول سنتين، ثم الكلية الموقرة ، كلية معارف الوحي والتراث والعلوم الإنسانية في قسم اللغة العربية التي عشت ومررت بها في ثلاثة سنوات تماما.وأنجزنا نادي اللغة العربية البرامج العلمية والعربية فيها وحصلت على الخبرات المنفعة والمهارات المستخدمة ، فعلمتني ما أقيم به ديني وخلقي وأصلح به دنياي وآخرتي وأدعو به أنتم إلى سعادة الدارين. فجزى الله جميع المدرسين والمشايخ والعلماء خير الجزاء عني. 



 
Extremely thank you for all of you for the knowledges and helps and may Allah be your guide and protector. Tanpa kamu semua saya tak mampu sampai ke pengalaman ini. Alhamdulillah .Keep me in your doa for next steps. Terima kasih sahabat-sahabat yang hadir dalam perjuangan ilmu ini yang banyak beri saya motivasi dan kata semangat. Arwah umi inspirasi dan semangat bagiku.


Episod bermula alam pekerjaan

Semasa mengajar di Quranic Language Department, hamba ada hantar resume di department Islamic Revealed Knowledge and Human Science, Uia Pj.  Pada bulan ramadan al mubarak semasa mengajar di Qld, mendapat surat untuk Micro Teaching interview untuk jawatan full time di Department IRKHS, micro teaching session dihadapan semua pensyarah, masha Allah perasaan ketika itu sangat gemuruh dan ketar, cuba yang terbaik pujuk hati, Alhamdulillah setelah itu berjaya dalam micro teaching, rasa betul ke ni?Alhamdulillah sujud syukur. Setelah itu stage kedua untuk 2rd interview pada bulan akhir bulan 10 dengan dean cfs. Berdoa berharap berjaya untuk second stage. setelah 3 minggu selepas itu, puan Zaida call cakap kamu kena isi form jawatan academic dalam job street iium, sebelum tu tak tahu pun berjaya ke tak untuk interview yang kedua tu, takut juga,selepas itu call balik puan Zaida, tanya hamba berjaya ke tak untuk ke interview seterusnya, beliau cakap, insha Allah berjaya tapi kena hadapi last stage interview dengan rector Uia.

3rd Interview rector level, time tu memang kalut, interview jam 9pagi, kelas mengajar di usim jam 10, dan itu adalah kelas terakhir mengajar di usim, lusa ada final exam. Takpa dalam hati, Allah ada, Allah ada bersamaku. 

"Throwback 3rd final interview with rector of IIUM fully in english and arabic languages, that was made my adrenaline cut off wa Ana Murtajif awwi. I was asked about my passion in teaching and my field in arabic language. There was a question about nahu 3, idhofah/belonging. That was my favorite subject! hamba jawab dengan yakin sehingga terpaku semua orang dengan penjelasan saya based on buku syarh ibnu aqil, lepas tu di tanya kenapa passion kamu mahu mengajar? Hamba jawab dengan yakin, i do love teaching, my experience in teaching almost one year di Qld dan Usim and a few teaching experience at School, Alhamdulillah selesai interview, dalam hati tetap takut" my writing on instagram.



Alhamdulillah selepas 2 minggu, cuak, takut dan gelisah ada sebab mungkin sahaja Uia call atau tak, tandanya dapat atau tidak. Memang tak duduk diam, risau, nak keja apa lepas habis kontrak di usim.



Selapas exam untuk last paper final exam master pada belah pagi, petang tu pula mengajar part time anak lecturer di ict, Dr Haslina Hassan yang recommended kepada sorang lect di ict, beliau head ict tak silap, Dr Maziah. Selepas mengajar anak beliau, Irfan dan Izzah. Jam menunjukkan jam 4, hari tu hari isnin untuk minggu kedua selepas interview, tengok handphone tak de orang call pun. Hamba terdetik mahu ke MSD Management Service Division, time tu motor rosak semasa nak pergi exam pagi tadi, terpaksa naik bas shuttle uia. Tiba-tiba terdetik mahu call MSD Uia, dalam bas call msd, tiba-tiba..... Officer Msd tu angkat :



Hamba : Assalamualaikum, saya mohamad lukman, haritu saya hadir ke interview rector level, saya nak tanya, saya dapat ke tak jawatan tu?

Officer : Waalaikumussalam. Oh ya, tunggu kejap ya saya sambungkan kat PIC.
(time tu ketaq sangat)

Officer 2 : Assalamualaikum, kamu lukman ke? Ya insha Allah nanti kami akan postkan surat tuan.

Hamba : Oh kiranya saya dapat la? *takkid kan betul ke tak time tu.

Officer 2 : Ya dapat, kamu lukman kan?

Hamba : Ya, betul kan nama saya ni, Mohamad Lukman Al Hakim Bin Md. Noor?
Officer 2 : Ya, betul.
Hamba : Alhamdulillah, terima kasih kak! terima kasih sangat. Nanti surat tu saya ambil kat msd, tak perlu hantar by pos.




Alhamdulillah syukur pada Allah, cita-cita hamba tercapai, cita-cita arwah ummi untuk melihat hamba menjadi pendidik.




Alhamdulillah selepas 2 minggu, cuak, takut dan gelisah ada sebab mungkin sahaja Uia call atau tak, tandanya dapat atau tidak. Memang tak duduk diam, risau, nak keja apa lepas habis kontrak di usim. 

Kenangan bersama-sama anak didik di USIM, bsd1 dan bsd2.

Sewaktu invigilate exam adab nusus di Al Malik Faisal hall 2015.
 
Ini office hamba bersam Ustaz Maad, Ustaz Yunus Ma Zheng dan Ustaz Majid
Kenangan dengan Ustadh Alif Zainuddin, rakan sekerja di UIA                                                                                
Gambar bersama anak didik.







Comments

Popular posts from this blog

السنة الواحدة وتسعة أشهور

VIVA Voce PhD, Graduation and 38th IIUM Convocation Mohamad Lukman Al Hakim (Abu Busyra)

Tips Temuduga Pensyarah Bahasa Arab