Tuhan Aku Perlukan PandanganMu

Di saat hatiku rebah, mengenangkan saat diuji, memang perit, ingin sahaja aku beralih arah,
aku tidak cukup kuat tanpaMu,
Ya rabbul izzah, aku tidak cukup kuat tanpa orang yang aku cukup sayangi didunia dan insha Allah di akhirat kelak, 
dalam hatiku pelbagai keresahan yang melanda, 
dalam hatiku berbisik "Kepada siapa aku ingin meluahkan segala kepenatanku?"

sebelum ini aku cuma ada ummi yang sering mendengar luahanku, setiap kali aku penat dan lelah belajar, aku pasti mengadu kepada ummi, 
ummi adalah pendengar setiaku, ummi pasti terus berdoa dan membaca yasin untuk dipermudahkan urusanku, kini semuanya Allah sudah ambilnya daripada aku.

Aku perlu kuat dan bangun sendiri. Kepada siapa aku ingin meluahkan perasaan ini? kepada Allah jualah, segalanya datang dari Allah. Allah uji itu tandanya sayang kepada hambanya. Tapi aku sering mengeluh sana sini, tidak berasa bertuhankah? 

Hati kamu ada masalah wahai lukman. 
Ya Allah kau bantulah aku, tolonglah aku, Kau kuatkan aku tika aku sedih, tidak kuat untuk menghadapi kehidupan ini tanpa orang yang aku cinta. Kau berilah aku kekuatan untuk kuat mujahadah dalam menuntut ilmu. Tuhan aku perlukan pandanganMu.



Comments

Popular posts from this blog

السنة الواحدة وتسعة أشهور

VIVA Voce PhD, Graduation and 38th IIUM Convocation Mohamad Lukman Al Hakim (Abu Busyra)

Tips Temuduga Pensyarah Bahasa Arab