Tahun lepas 2022 menyambut Ramadan al Mubārak dan Raya Eīd al Fitrī 1443H dengan sedikit kegusaran, kerana menunggu thesis disemak. Ramadan itu penuh dengan doa, harapan dan kegusaran. Siapakah ilmuwan yang menyemak thesis hamba, bilakah tarikh hari mempertahankan kajian dan penulisan hamba, apakah aku perlu menulis lagi kerana risau pembetulan besar? Itu sebab hamba tidak memberitahu sesiapa tentang perjalanan PhD mahupun tarikh viva kecuali pada hal keperluan. Maaf kawan2 yang pernah bertanya kalau terasa hati. Perjalanan itu menuntut jiwa raga yang kuat disamping fokus pada kerja yang menjadi rezeki. Alhamdulillah pada hari kejadian 07 Julai 2022. Ini adalah tarikh sebenar, diberi pilihan untuk memilih tarikh viva sama ada 07 atau 14 Julai 2022, hamba memilih 07 selepas bertanya PM Dr. Feham, penyelia guru thesis PhD. Mendapat green light dari sv untuk VIVA Voce D-Day VIVA Voce 07 July 2022 Alhamdulillah pada hari barakah bulan zulhijjah ini. Berkat doa arwah ummi, abuya ...
Saya mahu berkongsi pengalaman ini, ingin ditulis dan disimpan disini sebagai kenangan, nanti bolehla anak cucu melihat dan membaca pengalaman ini. Sungguh di setiap al 'usr kesusahan terdapat yusra kesenangan. Pengalaman pertama membentang produk thesis sendiri adalah pada November 2016. Pengalaman yang paling ilmiah di mana boleh melihat pelbagai poster dan produk research yang datang dari pelbagai latar belakang institut pendidikan. Gambar keempat ini di UKM tahun 2017 membentangkan 2 paper, Alhamdulillah kami kongsi paper. Gambar kelima dan seterusnya adalah pengalaman membentangkan produk thesis juga di Internation University Carnival on E Learning (IUCEL 2018) Gambar keenam bersama anak-anak murid yang dikasihi, terima kasih datang ke booth ana Sijil-sijil dan medal Publication, Buku Akademik ini adalah hasil dari tesis dan dibukukan dibawah terbitan IIUM Press 2017. Alhamdulillah ini adalah buku sulong saya. Saya ingin mengucapkan...
Interview Jobs Bismillah, untuk kesekian kalinya sudah lama tidak berkongsi. Kali ini berkongsi tips temuduga pensyarah Bahasa Arab khasnya, diri telah menghantar banyak permohonan untuk duduk di utara pertamanya dan blast juga permohonan pada universiti tertentu di KL/Selangor. Antara sebab hamba ingin memohon adalah keinginan untuk memperkasakan diri dalam bidang pensyarah seperti membuat kajian, menulis hasil dari kajian, mengajar pelajar pada tahap yang lebih tinggi, dan sebagainya, hamba di UIA Matrikulasi adalah dengan skim DG. Antara universiti - universiti yang hamba mohon adalah: antaranya; 1. UM 2. UniSHAMS 3. UiTM Shah Alam dan Merbok Kedah. 4. UKM dan yang dapat panggilan adalah UM yang pertama tapi hamba sangat tak boleh pergi sebab ayah warded dengue tahun 2020. Kemudian diikuti temuduga UniSHAMS pada 28 Desember 2020 dan UiTM Shah Alam bulan 3 2021 dan UKM bulan 9 2021. Ketiga-tiga interview itu alhamdulillah berjaya lulus hingga temuduga terakhir. Hamba menda...
Comments
Post a Comment