Pengalamanku, Mohamad Lukman Al Hakim Md. Noor.

Setelah lapor diri menjadi Pensyarah Bahasa Arab, Department Islamic Revealed Knowledge And Human Sciences

Aku bersyukur kepada Allah, tuhan sekelian alam, sudah lama tidak bercerita di sini,
Mungkin sahaja aku sibuk?
Mungkin sahaja aku sengaja untuk tidak menulis?
Tapi sebenarnya aku cuma disibukkan dengan dunia baruku, setelah bergraduasi dari jurusan Bahasa Arab,
Aku mempunyai impian dan cita-cita ingin menjadi pendidik, sedikit impian untuk menjadi peniaga, insha Allah


Alhamdulillah sudah dua tahun aku bergelar seorang pensyarah Bahasa Arab di salah satu universiti terkenal di Malaysia, Tanah airku,

Bermula mendidik sejak 23 Jun 2014, inilah tarikh keramat yang bakal kuingati sehingga aku hembus nafas terakhir,

Aku bersyukur mendapat pekerjaan diawal usiaku 22 tahun, aku tamat belajar seusia 22 tahun dan esoknya selepas keputusan diumumkan aku dipanggil untuk lapor diri dan mengajar sebagai part time lecturer.

Seronok ya Allah, semestinya perasaan bercampur baur,
Takut, mestilah, Nervous lagilah!
Aku mengajar empat kelas.
Anak didik pertamaku adalah pelajar engineering,
keduanya, pelajar benl, benl2 dan Hs.

Aku sangat menyukai mereka, rindu amat terhadap mereka meskipun sudah dua tahun meninggalkan kelas itu,
Mereka sangat baik.Mereka adalah hatiku.
Kemudian, kontrakku bakal tamat pada bulan september, 
disamping itu aku mendaftarkan diri untuk mengambil master
Alhamdulillah dipermudahkan meskipun banyak cabaran dan dugaan hanya Allah sahaja yang tahu.

Ya! sebelum tamat kontrak, aku memohon menjadi lecturer part time di usim,
alhamdulillah aku lulus temuduga 

Bukanlah tamak, tapi aku risau bila habis kontrak di uia, aku bakal bekerja sebagai apa?
Bagaimana kehidupan master nanti?
Mahu belanja pakai apa?
Bagaimana keluarga nanti?
Dengan itu, aku bertekad untuk pergi mengajar di usim dan di uia.
Ketika itu kontrakku bakal tamat,
aku cuma sempat sibuk ligan sana sini hanya dua minggu sahaja,
dari usim nilai n9 ke uia petaling jaya.

Fuh memang penat. Hujan lagi
Rider kental insha Allah!

Nanti ku sambung semula.

Comments

Popular posts from this blog

السنة الواحدة وتسعة أشهور

VIVA Voce PhD, Graduation and 38th IIUM Convocation Mohamad Lukman Al Hakim (Abu Busyra)

Tips Temuduga Pensyarah Bahasa Arab